BUKU UNTUK DIJUAL

. Senaskhah Diri .

BIODATA

Ruslina Mat Rakib. Citranalis, nama pena Ruslina binti Mat Rakib. Dilahirkan di negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman. Timbalan Presiden, E-SASTERA (Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia) dan ahli ASASI (Angkatan Sasterawan Nasional Kedah). Menganggotai Grup Puisi Pinggiran Darulaman sekitar tahun 1980-an. Mengikuti kursus-kursus penulisan yang dianjurkan oleh Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) seperti kursus asas penulisan, kursus penulisan kreatif, penulisan berita dan rencana, kursus penulisan skrip drama, dan beberapa bengkel anjuran PROKSI, DBP, PENA, dan ITBM. Karya-karya lebih tertumpu kepada puisi dan cerpen. Pernah mendapat tempat di Radio Malaysia Alor Setar, Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Warta Darulaman, Mingguan Wanita, Majalah Intisari, beberapa akhbar tabloid yang lain, dan Sastera.net. Menerima anugerah Sasterawan Alam Siber (SAS) daripada E-SASTERA (2019). 

TAMAT.